Thursday, 24 January 2019

PRODUCT REVIEW: Hada Labo

Hai. kali ni nak review few Hada Labo's products yang I da pernah try.
*price stated tu masa I beli time ade sale kalau tak silap. Harga original I tak ingat



Hydrating Face Wash ~ RM27

Hydrating face wash ni is my top favorite! The best Hada Labo's face wash for dry skin. It contains super hyaluronic acid and it is quite pricey compared to other Hada Labo's face wash. Kalau ada sape2 yang tak tahu, Hada Labo ni ade macam-macam jenis face wash. Tapi yang hydrating ni special sikit and pricey, tapi sangat la berbaloi-baloi. Face wash ni memang nampak kesan dia eventho tak pakai other lotion, toner or cream after cuci muka. Sebab kadang2 ade produk yang kena pakai the whole set for skin care routine baru boleh nampak kesan dia kan. but not to this one. 
Highly recommended.  
One more thing, I selalu beli hydrating face wash ni dekat Big Pharmacy sebab lagi murah dari drugstore.




Hydra & Whitening Face Wash ~ RM18
So this is one of the other face wash yang I mention kat atas tu. I pernah pakai yang Hydra & Whitening face wash ni. Kekonon nak moisture kan kulit muka sesambil memutihkan nye pon. Tapi nan hado. Kulit tak moisture and tak putih pon. Hahahah. Teramat la kecewa. I memang try one by one tanpa add on lotion or cream after cuci muka tu. But maybe face wash ni akan rasa function kalau guna dengan lotion and cream kot. Idk.





Mild Exfoliator ~ RM32
I baru je beli exfoliator ni saja nak try and it turns out sooo good and worth my money. I kinda surprise la ade Exfoliator face wash sebab before this tak tahu pon. Dulu guna Nano's exfoliator which is dia mcm thick liquid yang kita gosok2 kat muka then nanti jadi bergentel2 sekali dengan daki and segala white/black heads and after that baru cuci muka and boleh rasa la muka bersih and flawless gila. And Hada Labo Exfoliator ni pon bagi efek yang sama mcm nano punye. Cuma I rasa Nano punye exfoliator lagi puas hati sebab nampak segala kekotoran tu keluar dari muka. Tapi yang hada labo punye ni pon not bad. After cuci muka memang rasa licin je. Recommended!






Hydrating Lotion ~ RM56
I actually macam pelik dengan produk2 hada labo. sebab I rasa benda ni mcm toner tapi dia panggil lotion. Hahahaha. atau I yang noob, lack of knowledge pasal skin care. hahaha. 
SO since I mmg ade dry skin problem, produk2 yang I cari memang mostly ade label hydrating/moisturizing. So I try la beli hydrating lotion ni. Tapi honestly I kurang suka yang ni sebab takde efek sangat compared to yg lg satu bawah ni. So kita terus skip bawah la ye. 






Premium Hydrating Lotion ~ RM58
SO this is another product from Hada Labo yang I suka gilaaaaa. Seriously berbaloi! Harga tu I beli masa ade sale. Premium hydrating lotion ni sangatlah effective. I selalu apply every morning and at night  (tapi kadang2 lupa haha) and it turns out muka I yang dulu selalu kering nakmati, terus jadi moisture! no more kulit kering. Seriously I kasi 5/5 stars untuk produk ni. 
Highly recommended!!





Premium Hydrating Night Cream ~ RM66
 Yang ni sangat mengecewakan. membazir duit sis. no more comment. kbai.





Monday, 21 January 2019

Pregnancy Check Up: Klinik Kesihatan VS Klinik Swasta/Klinik Pakar Sakit Puan

Hai gais.

SO this time nak cerita pregnancy check up routine masa my first pregnancy.

Al maklum la first time pregnant so tak sure nak pegi mana. Of course semua orang suggest pegi Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) sebab Free of Charge and very detail. 

So masuk minggu ke-5 kalau tak silap, baru pegi KK untuk buat buku pink tu. Since I take sure nak pegi KK mana satu, so I decided pegi KK kat area rumah family, kat KK Kampung Melayu. 

First time pegi nak bukak buku pink tu mmg Ya ampunnn lama gila. Nasib baik pegi hari Ahad sebab tak keje. Masa datang pagi2 tu pon nurse kat situ da cakap I orang last dia amek untuk bukak buku sebab ramai sangat masa tu. Padahal I orang ke-3 nk buka buku. HAHAHA. 

Sebab first time kan, so ye kan je la. 

So tiba masa untuk first check up. Masa sampai turn untuk masuk bilik check up tu, macam2 pulak dia tanya. yang tak boleh bla ade sorang staff ni dia konon nak borak2 la. sibuk pulak tanya hal personal. tanya I kenal tak kawan dia yang duduk area rumah family I  tu. I  cakap la tak kenal sebab I  bukan duduk kat situ sangat. I duduk rumah sewa lain. eh tapi boleh tahan biadap eh staff tu nak nganjing I pulak. Asyik nk perli2 yang I tak kenal jiran etc. Rasa mcm nk kasi penampar je. dah orang tak kenal, maksudnye tak la. tak payah nk provoke. Kawasan rumah family I  tu bukan kecik. Normal la budak muda tak kenal sangat. 

Lagi satu yang tak boleh bla, staff tadi tu dia marah2 sorang mak baby ni sebab mak baby tu tak pandai guna alat penimbang baby. WTF. Awak staff kan, awak assist la mak baby tu. Keje kalau asyik nk maki hamun orang je, baik tak payah keje la. Seriously awak enjoy ke keje kalau setiap saat nak marah2? Relax la....

Masa staff nurse tengah isi2 buku pink I  tu, dia ade tanya ade tak family yang ada kencing manis, and I  boleh cakap pulak ayah dulu ade kencing manis. Tak memasal lepas tu terus dia buat appointment utk I minum air gula masa next check up. 

So time for minum air gula. Nurse da pesan kena puasa malam before check up tu. Tapi I lupa. termakan masa pukul 9pm sebab early pregnancy I teruk sikit gastrik so bila lapar terus nk makan and tak fikir ape dah. Bila da termakan tu baru teringat nak kena pegi minum air gula esok nya. haha. 

So pagi tu memang da ready nak pegi KK seawal yang mungkin. Sampai KK pukul 7. rupanya ramai da beratur. kahkah. dah amik nombor and kira awal jugak la. tapi last2 dapat turn minum air gula pukul 9. Masa tu perut memang da Kruk Kruk da sebab lapar sangat. Masa minum air gula tu serius rasa nak muntah sebab banyak gila kena minum. orang2 kat situ pesan suruh minum one shot je tapi I tak boleh. Lagi rasa nk muntah bila mnum banyak2. Tapi last2 Berjaya jugak minum habiskan. 
Then kena tunggu lagi dua jam untuk ambik next darah, which is pukul 11am.

Akan tetapi… Masa pukul 10 pagi tu da start rasa mual gila. da try macam2 minyak angin tapi tak berjaya jugak hilang kan mual tu. Last2 pukul 10 lebih rasa mual gila and terus lari keluar dari KK and zuppp terus termuntah kat entrance KK. hahahah. abis semua air gula membuak-buak keluar. 
Terus lari masuk kereta and suruh husband ambikkan buku pink kat dlm KK and cancel kan appointment and buat appointment baru. 

Selepas kejadian pahit tu, terus rasa nightmare nak pegi KK. pujuk husband nak pegi Klinik Pakar Sakit Puan Tan (England) kat area Taman Sentosa/ Century Garden.
So bermula la episod baru di klinik pakar sakit puan tu. Terus stop pegi KK. Staff KK ade call and kita pon inform dia nk stop KK sbb nk pegi klinik luar and dorg pon ok je. Maybe dorg lagi suka kot sbb kurang sorang lagi manusia kat KK haha. Tapi dorg ade pesan kalau da bersalin, kena inform dorang. 

So start bulan ke 3 tu terus check up kat Klinik Pakar Sakit Puan Tan sampai lah bulan ke-6. So far check up kat sini ok la. Doktor dia lelaki Chinese da berumur. Mak I yang suggest klinik tu sebab dia pernah kerja kat situ masa muda2 dulu and masa third pregnancy pon my mom buat check up kat situ. Memang dari zaman mak I muda sampai sekarang, doctor yang sama jugak which is Doktor Tan tu. Doktor tu bagus la and service kat klinik dia very efficient and quite fast. Even though ramai orang, tapi staff dia manage to handle efficiently. Everytime check up, dorg akan cek berat, buat urine test and ultrasound. Blood test pulak kadang2 je. Price dia I think ok la standard hospital KPJ. Sekali pegi dalam RM150++, tapi kalau ade blood test harga dia akan jadi dlm RM200++. Blood test tu mmg pricey since dia hantar pegi lab and process about 1 week mcm tu, and the result semua dia akan kasi kat kita including small kad yang ade detail darah kita, so senang boleh selit dalam purse/wallet je. Kalau datang klinik awal, dalam 30 min da siap da check up. Tapi kat klinik ni dia takde buku rekod mcm kat KK, everything dia record dlm paper and masuk dlm file every patient. 


But, after 6 months of pregnancy, I suggest to my husband untuk tukar check up kat hospital if nak bersalin kat specific hospital swasta. Husband I actually suggest bersalin kat government je. Tapi I berat hati sangat sebab based on my friends' experience, ramai cakap Hospital Sultanah Aminah sangat lah tak ok. Ramai je kena maki and marah masa kat labour room. So I think I could not handle it and insist nak bersalin kat hospital swasta. So we all pegi la survey hospital mana yang good service and yang paling penting package dia affordable. 

Kitaorang survey KPJ Puteri Specialist, KPJ Pasir Gudang, Kempas Specialist and Hospital Penawar. KPJ Johor (Abdul Samad), Gleneagles, Columbia and segala hospital swasta lain tak survey sebab jauh sikit from rumah and tempat kerja, and rasanya memang mahal compared to yang kitaorang survey ni. 

Based on 2018 price, KPJ Puteri Specialist offer package untuk bersalin normal dalam RM5k++, so kena cross sbb over budget. KPJ Pasir Gudang pulak dalam RM3299, and I think reasonable la. Harga dia tu for 4bedded. Kempas Specialist rasanya dlm RM4k++ tapi awal2 bila sampai hospital tu mmg terus cross list sebab hospital tu serius scary af. Datang siang2 pon takde orang sangat. Kang kalau malam2 bersalin memang cuak ler kat hospital tu. and another thing, Kempas Specialist memang semua  Chinese & Indian Doctor and utk O&G male Chinese, so I guess tak kot. Bukan nak racist, tapi I prefer malay doctor la. 

Lastly, Hospital Penawar (paling dekat dengan ofis), offer package bersalin normal RM2599 (4 bedded kalau tak silap). Seriously murah gila. Klinik O&G dia pon best deco dia, fefeeling kat rumah omputeh. So, after few discussion, kitaorang decided to proceed kat Hospital Penawar. 

Maka bermula lah episod check up kat Hospital Penawar start bulan ke-7 pregnancy. First time pegi, phewww harga check up dia terus RM 350++. Mak datok terkezut kitaorang. Ingatkan package bersalin murah so check up pon murah la. Rupanya check up dia nauzubillah mahal namati. 
Tapi apa kan daya, takkan nak tukar2 hospital lagi. SO redha je la duit melayang. Tapi stress jugak la check up kat Hospital Penawar ni. Lama gila waiting time dia. kalau pegi pagi tu, silap2 lepas lunch hour baru sampai turn. Patient tak ramai pon tapi memang jenis yang doctor examine lama kot. Sorang patient ade la dalam sejam sorang kt dalam bilik Doktor tu. Tapi doctor Hasmah tu bagus la, everything yang dia buat, dia akan explain and tanya kita ape yang kita tak faham. And check up kat sini selalu la dapat freegift, contoh macam maternity bag siap sample susu, socks and barang2 untuk nak bersalin & warded. Tapi pelik gila, check up dia cuma buat ultrasound je. urine test ke blood test ke takde. cuma nak hujung2 tu dia kasi injection kancing gigi. itu jeee… sedihhh. haha

Tapi last2 tu tak bersalin pon kat Hospital Penawar. kahkah!

Sunday, 20 January 2019

Wedding Dais & Attire by Azidia Bridal Couture






I amek package dengan Azidia Bridal Batu Pahat. 
Harga tak ingat pulak berapa. Masa tu tahun 2017. Maybe around 5k

Package tu termasuk: 
  • pelamin dewan
  • mini pelamin
  • MUA 2x (nikah & bersanding)
  • Sepasang baju bersanding yg baru (boleh pilih design & material baju)
  • Hiasan meja makan beradab
  • Hiasan meja kek
  • Aisle


For the service, ok la not bad. Pasang and tanggal kan  pelamin memang laju gila. I tak monitor langsung dorang masa pasang pelamin sebab tak sempat. Tapi masa pukul 11 malam tu pegi tengok kt hotel, dah siap pon pelamin nya. Masa cabut pon sama, tak pegi tengok pon. Petang lepas abis majlis, dorang terus cabut pelamin. Laju gila buat keje.

Tapi I was a bit disappointed part pelamin dewan. Masa discussion I minta this one design for dais and dorg agreed. Tapi one day before majlis tiba2 dorg WhatsApp cakap tak boleh pulak buat design tu. Apoooo laaa.  Stress mak. 

Lepas tu I pon macam hah kasi je la design ape2 sebab confirm minta la design ape pon mmg dorg takkan fulfill my request. I actually nak pastel color for my dais. So I tak kisah la pasal design, yang penting pelamin I pastel color cream & dusty pink. 

I inform dorg I nak two colors tu je. cream & dusty pink. eh tapi dorg tnye lagi nk warna ape lagi satu. I mcm I nk dua color je. Tp dorg insist nk I kasi lg satu color. I pon go for Red. 
Then Boommm! tengok la pelamin sanding atas tu, hahahahah kelakar nak mampos! 
Lari gila from my expectation. 

Tapi the best part was my make up. Memang puas hati dengan MUA dia. tgh pregnant pon gigih make up kan I lawa2. Memang lawa pon make up dia. and tak cakey. smooth & nice je. sampai petang pon make up dia still maintain. Sis love. 😍😍 

Oh, mini pelamin dia cantik sangat. simple but very nice. I love it! Mini pelamin tu I guna untuk majlis nikah kat homestay. I request warna putih. 

Wednesday, 14 June 2017

Weddding Cake From D'Honey Bakery Parit Raja

 
So today I would like to continue on posting my wedding details.
So here we go!
Let's continue with my wedding cake!
 
So I've done survey for best bakery in Batu Pahat like four months before the D-day.
At first I found this one yang I really in love with its cake and decoration.
*Nama kedai dia Cuppacakes Blicious kat Taman Flora*
Tapi sayangnya dia tak ambil order for may until raya.
So sadddd. sobsss.
 
Then I found another one.
but,,, again... she could not take my order since 13 may is her due date.
she's pregnant!
 
Sedihhh
Then lastlyyyy,
I found this one baker and dia pon just open her bakery shop in Parit Raja.
Nama kedai dia D'Honey Bakery
I wanted so badlyyy cake with decoration mcm from Cuppacake Blicious tu but the pricing is just out of my budget and I'm pretty sure my husband would get mad kalau order cake yang super expensive (for him) just for a moment utk ambil gambar masa wedding day.
Like pretty obvious we would not eat it pon kann.
So yeahh.
 
Then I scrolled thru IG and FB page of D'honey to find suitable cake
 
Then lastly order la cake yang mcm gambar bwh ni.
 
2tiers cake with 30pc cupcakes
White body with Fresh flowers.
Theme cream-pink
 
The cake flavour can choose either:
Russian cake bnw
rainbow cake
cheese cake
Red Velvet cake
Mouse cheese choc cake
Choc moist.
 
So I chose rainbow and cheese cake.
 
Now leggo to pricing:
 
2tiers cake - RM270
Cupcake - RM2.50/pc
Sewa cake stand + pisau potong cake - RM30
Delivery - RM15
So total for my wedding cake - RM390
 
tapi sayangnyaa we just sempat makan cheesecake masa sesi potong kek tu.
I really wanted to eat that rainbow cake!
but after photo session kat pelamin, then I saw cake and cupcakes all gone already! hahahaha
 
I hope my guests enjoy those.
Dorg ckp sedap.
:)
 
So overall, this bakery shop is nice! cake sedap! Deco mantap. (they can do anything, just name it)
and I've went to their bakery shop, and pavlova dia serius recommended!
me love it!
 
So I guess until here my review for cakes
 
*will update more beautiful photos from DSLR.*
 
 


Wednesday, 31 May 2017

Majlis Resepsi di Pelican Hotel

Now I'll continue on my wedding reception.
Still on the same day as Akad Nikah.
Akad nikah di homestay Pura Kencana
Tapi Majlis resepsi di Pelican Hotel.
Agak jauh jugak la. dalam 30-40 minutes.
 
So lepas Majlis Akad Nikah pagi tu, aku da set, 11am no more ambil gambar, sebab kena siap pulak untuk pegi hotel.
 
Agak kelam kabut jugak la. Tapi nasib baik tak remove make up. Aku just suruh akak MUA touch up and tambah-tambah sikit make up and dia tukar warna lipstick. Tapi tu pon aku still rasa lama gila duduk utk make up balik. haha.
 
Then cepat-cepat tukar baju sebab semua orang da call suruh g hotel cepat. eiiiii stress tawwww. hahah
 
Nasib baik kawan baik kat SIGS ni datang jugak walaupon tak sempat attend akad nikah.
So aku n husband pon tumpang je kete Mini Cooper dia. kahkah.
Kereta aku, aku suruh bridesmaids bwk.
ni selfie kat dlm kete mini kwn slbh tu. Tapi lupa pulak nak selfie dgn kete mini dia yg merah menyala tu. Acah sangat! hahaha
 
 
Da sampai hotel tu, aku pon berarak la dgn dayang-dayang sekalian masuk ke dewan.
Aku pulak rasa macam aku da brief da aturcara majlis kat member -member ni. Dan sebelum enter dewan tu aku suruhlah makcik-makcik ni simpan handbag semua kat dalam bilik meeting tepi dewan.
Pastu aku pon jalan la dulu masuk dewan dan diiringi makcik-makcik enam jahanam ni.
 
Sampai je kat pelamin, terus aku terkejut beruk.
Ehhhh boleh pulak makcik-makcik ni dok pikul handbag dorg smua.
Masa tu aku mcm nk mengamok dah rasanya. Tapi sabaw je la.
Nasib baik ada Paen tolong marahkan mangkuk ayun tu smua. HAHAHA padan muka
Kemain Paen marah dorg semua sbab bebal bwk handbag g pelamin. HAHAH
tak pernah di buat orang weehhhh
 
Hah masa ni buat-buat happy je la masuk dewan. Geram tol masa tgh berarak masuk dewan tu boleh pulak makcik mana tah pijak dress aku. Adoi STRESS la makkk. hahaha
 
Yang atas ni gambar shuben I lepas dia kena Tol kt pintu masuk. Happy pulak dia.
Happy la sebab bukan dia yang kena pantun bagai. hahah
 
Bisik ape pon tak tahu la. Bisik tak boleh naik pelamin kot. huhu
Yang ni sesi salam dan mohon restu la knonnya. *Tak ada tepung tawar* Harrommm. haha
Tapi yang ni gambar dgn mertua je ada. Gambar dgn parents sendri buat masa ni takda lagi stok. Stok kat photographer.

Ni la gambar kami berdua di pelamin. Redha je la pelamin macam ni. Aku nak lain, lain pulak yang dapat. Pastu aku nak warna pink & cream je. dan merah sikit2. tapi tgk la Merah menyala pulak pelamin tuh. huhuhu.
Dan yang geramnya bila takde org bukak spotlight atas. patut la suram je gambar kt pelamin.

Sesi makan berdamai



Masa suap-suap ni memang awkward la! ish takboleh ke tak suap-suap. Malu tahu tak. haha



Hah yang ni baru gambar dengan family sendiri tapi tak cukup sorg. huhu.  Tapi apesal dua orang mangkuk tu pegi berdiri. tak lawa dah arrangement

Mak aku ni sibuk betul. tak boleh lgsg nk bergambar lama-lama.
sibuk nak jaga kaunter doorgift dan salam keruk. hahaha

Ni la bridesmaids yang enam jahanam ni.


 
Thanks korang! xoxo
 
Sorry gambar tak lawa sangat.
Ni stok-stok kat dalam phone jew.
 
Apa-apa pon Alhamdulillah sangat semua berjalan lancar.
Macam-macam dugaan weh nak kahwin ni.
Tuhan je yang tahu.
 

Thursday, 25 May 2017

Akad Nikah 13.May.2017

 
Alhamdulillah, everything went well.
Majlis akad nikah pukul 9.30 pagi, 13 May 2017.
 
 
2 hari sebelum tu agak kelam kabut setel kan semua benda. ada je org buat hal. haha. sampaikan malam sebelum tu tak boleh tido sebab penat sangat.
Esok pagi nya MUA janji nk sampai pukul 7.30 am, so awal gila aku bangun sebab nk siap-siap. Tunggu punya tunggu, MUA sampai kul 8.00am. Risau gilaaaa. Takut tak sempat nk siap.Last-last ngam-ngam je siap tok kadi pon sampai rumah. Tok kadi sampai awal gila. Pukul 9.15am Tok Kadi da sampai. padahal janji nak dating kul 9.30am. Bila dah sampai terus dia suruh abg aku minta IC aku dan isi borang yang Tok Kadi suruh
Menggigil weh isi borang masa kt bilik tu. Comot gila tulisan hahaha.
Ingatkan masa tu semua orang da sampai, rupenye Tok Kadi je yg dtg awal.
And again, rombongan pihak lelaki buat hal lagi, lambat pulak sampai. Kesian Tok Kadi tunggu.  
=,=
 
 
Lepas rombongan pihak lelaki dah sampai, kelam kabut la semua bridesmaids. hahaha
Nasib function jugak ketua bridesmaids aku si Paen tu dan bridesmaids yg lain.
Aku pulak asyik jenguk luar bilik dan asyik tanya bila aku boleh keluar bilik. haha
sampai kena label tak sabar nak kahwin.
HAHAHA
bukan tak sabar tapi aku risau kalau benda tak ikut mcm yg aku da plan dan takut majlis tu lambat.
Biasa la,,, aku mmg perfectionist sikit dan very punctual.
 
muka excited campur segan nak keluar bilik. haha.
 
Bila da setel hal kt luar, bridesmaids aku pon pangil la aku keluar. Hah masa tu cuak pulak tak nak keluar. haha lol.
Aku sbnrnye da sediakan satu carpet utk aku & bridesmaids aku duduk, tapi disebabkan ramai gila yg datang majlis akad nikah, so dah takde tempat untuk ktorg. sobbsss T_T
 
 
Si Paen pon suruhlah aku duduk kt pelamin. Tapi aku taknak. segan kot duduk kt pelamin sorg2. haha
Pastu aku pon heret la paen dan bridesmaids lain ikut aku pegi kt pelamin.
Tapi masa keluar tu, nasib baik Tok Kadi panggil aku duduk sblh bakal suami, hikhik. serius lega gilaaa... phewwww!
 
 
 
Gambar bawah ni masa lepas duduk tu, Tok Kadi suruh sign borang2. Tapi borang apetah aku pon tak tahu. Main sign je, yg penting kahwin. hahaha
Lama jugak la proses sign2 ni. wali, saksi akad nikah, saksi belah perempuan, saksi belah lelaki n bakal suami semua kena sign.
 
 
Pastu mulalah sesi ijab dan qabul.
Masa ni aku da risau gila.Risau kalau kaki aku kebas. hahah
Dah la lama gila duduk bersimpuh, takkan nak bersila pulak kan. Kang terkejut semua org. kaki aku mmg da mula rasa nak kebas masa tu
 😩😩😩😩😩😩😩
Pastu keadaan homestay pulak makin panas sebab ramai gila orang dalam rumah.
Pastu homestay pulak ada lalat. Stress gila!
 
 
 

Alhamdulillah dengan sekali lafaz je dah bergelar isteri orang.
hmm sedih pulak bila type ni.
Tak sangka da kahwin dengan mamat ni.
Dulu selalu bertekak dengan dia ni, lepastu jadi bestfriend.
Lepastu kahwin pulak.
:)

Owh btw, Tok Kadi ni ringkas gila. Lepas ijab & qabul, terus dia suruh bagi mas kahwin, suami baca lafaz taklik dan aku baca apetah tak igt nama dia. hahaha.
 

Da setel yang tu, dia kasi tazkirah ringkas dan selawat ramai-ramai & suruh ktorg salam semua orang.
aku pulak masa tu terkebil-kebil. Biar betul kena salam semua orang, dah la ramai and aku pulak kat area org lelaki, jauh dgn org perempuan. Aku igt kena salam parents je. So bila da terkebil-kebil kejap, aku tgk laki aku pon buat bodoh kat aku sbb dia da terus salam org lain, so aku pon pergi lah kat part org perempuan & salam2. pehh penat bhaii pusing satu rumah salam-salam. Menangis kejap masa salam mama & mak ani.

Mesti korg tertanya kan, bila pulak sarung cincin. hhhahaha.
Masa Tok Kadi suruh selawat & salam semua orang tu, mmg aku da tertanya da bila nk sarung cincin. haha. Pastu nasib baik pakcik &  bpk mertua aku kot yang cakap kt Tok Kadi psl cincin. Masa tu Tok Kadi mmg da semangat abis la nk selawat. haha Terus Tok Kadi ckp, sarung cincin tu nanti-nanti je. Selawat dulu.
Semua orang pon terdiam dan ikutlah semua berselawat. HAHAHAHA

 En Suami
 
 
 
Special thanks to by bridesmaids. Nasib korang ada untuk tolong handle pengantin ni hah. haha
Thank you so much!
 xoxo
 
 

 

 

 


 
 
Thanks Vandy 15 sanggup datang dari jauh untuk attend majlis akad nikah yg pagi2 ni. hehe
 


 
 

 

 

 

Thursday, 20 April 2017

PRODUCT REVIEW: Cetaphil Moisturizing Cream & Sunblock

So today I wanna share about CETAPHIL's product.

aku dari kecik mmg ada masalah kulit kering yang melampau-lampau.
masa kecik2 tak prasan pon tapi igt la ayah selalu gosok2 muka aku dgn kain basah. tapi masa tu budak lagi so mcm lantak la. hahaah

bila da study kt US every time musim sejuk mmg kering dia ya Ampun malu gilaaa kering sangat! igt kan symptom musim sejuk so masa tu still lg abaikan. just bila kering pakai je la moisturizer mcm biasa. walaupon prasan moisturizer tu xde kasi efek sgt tp buat bodoh je. kalau kering apply je lg. haha. sengal.

bila dah grad, balik mesia, igt masalah tu dah takkan wujud lagi. yelah kat mesia kan panas je smpai bila2. mana nk ade musim sejuk.

but nope. I was wrong. totally wrong!

kulit kering tu masih menjadi2. eiii geram pulak. sakit ati titew. ye la malu la kan kalau kluar rumah mana prasan muka da jd kering. da balik rumah belek muka baru prasan kering nk mampos. haha. terkupas segala bagai. maluuuu T_T

then smpai la awal tahun ni. kejap ok kejap x ok. satu hari dok belek2 tenet and cari moisturizer yg paling bagus and cara mcm mana nk elakkan kulit keringg.

then tadaaaaa jumpa la satu product cetaphil ni. semua kasi good review. xde yg bad la.
pastu pegi la drugstore cari menatang ni. tp I suggest pegi guardian or aeon punye drugstore. Watson serius x best la. dulu suka Watson tp brg clinical dia kurang. bnyk yg tah ape2. cehh clinical sgt. xtahu la terms tu betul ke x. means Watson kurang brg yg bagus2. yg effective. so jumpa la CETAPHIL Mosturizing Cream. tp aku pilih yang dia tulis - Fragrance free, moisturizer for CHRONIC DRY,SENSITIVE SKIN. Yasss exactly for my skin type! mmg da chronic pon dryness dia. T_T

Harga utk moisturizer ni RM50++ (tak igt la exact price dia)
tapi yg best Nye dpt free CETAPHIL SUNBLOCK yg mcm kt bwh ni. happy sgt sbb dpt la jugak try n pakai sunblock dia. sbb kalau beli yg besar tu harga dia RM90 nak oiii. tercekik tgk harga dia.

so, first time pakai moisturizer ni, perhhhhhh mmg terbaikkkk. skali pakai je dah ok kulit muka. dah x kering la. tp mesti kena rajin apply la. jgn ikut mood je. and btw this moisturizer boleh pakai kat both face and body parts lain.
yang paling penting, this product got NO FRAGRANCE, NO PARABEN, and NON-COMEDOGENIC!
 
Paraben ni sgt la tak bagus ye. kalau beli skincare product make sure NO PARABEN. salah satu efek paraben yg paling aku benci ialah dia akan buat kulit kita bertambah kering. and NON-COMEDOGENIC ni pon sgt pntg utk pastikan cream ni x tersumbat kt pori2 kulit muka and to prevent white heads and black heads.
 
btw, aritu adik yg kecik tu ade ruam kat bontot dia. biasa la budak kecik. pastu try suruh mak letak moisturizer tu. pastuuuu terus ontot diaa okayyyy. ahhahaha. so benda ni mmg terbukti sgt bagus!!! worth every penny gituu.
 
and, sunblock dia, mmg perhhh gempak jugakk. xyah pakai make up. pakai sunblock ni je dah ok. sunblock ni serius best x tahu nk describe mcm mana. before this ade pakai sunblock biore, ok gak bagus je cuma ade org ckp better pakai sunblock banana boat or cetaphil je sbb ni dua je yg 'pure sunblock' haha tang mana pure Nye pon x pasti. org tersebut ckp sunblock lain ade campuran bnde lain. haha xtahu la betul ke x.
 
tapi kalau nk compare cetaphil dgn banana boat mmg jauh beza la. banana boat TAK BEST!. buat muka berminyak n Nampak gelap. T_T 
 
So kesimpulannye, beli la product CETAPHIL. sangat bagus.!!
 
 
 Next, bila laki da gaji mahsyuk, nak minta dia belikan product CLINIQUE pulak. hahaha