Wednesday 30 November 2016

Checklist for My Wedding!





Here's my checklist for nikah & reception. ni pon after google and baca kat blog org lain.
 
1. Proses Permohonan Nikah
  • Kursus kahwin
  • Isi borang permohonan untuk kebenaran berkahwin (some might need to buy it at Pejabat Kadi or kalau sesetengah negeri ade online website so boleh daftar and print out borg from website tu je)
  • HIV test
  • Submit borng and other document to Pejabat Kadi Daerah and get approval
P/s: boleh refer to entry ni for further details & my experience :)
2. Baju Nikah
  • set tema, warna etc.
  • Beli kain
  • Tempah baju
  • Beli kasut & tudung
Refer to this entry for further details :)
3. Kenduri resepsi
  • set tema and warna etc
  • Tempah dewan/canopy
  • Tempah meja/kerusi/alas meja & kerusi
  • Tempah catering
  • Tempah PA system
  • Senaraikan tetamu
  • Tempah kad kahwin/bunting/banner/signage/sticker (refer to this entry for my wedding card)
  • Prepare doorgift (refer to my doorgift entry)
4. Pelamin
  • cari trusted Bridal.
  • make sure include - pelamin, MUA, Hiasan etc.
I've found this one Bridal kat Batu Pahat. I think package dia not bad and interesting. I'll post the review about this one after majlis ok.

5. Hantaran
  • decide brape bnyk dulang hantaran.
  • listkan brg hantaran
  • sewa dulang hantaran
  • Gubah hantaran
for further details about Dulang and hantaran ;)
6. Others
  • Kek kahwin
  • Kompang

Idea for Wedding Cake

Below are photos of few wedding cakes that I'm interested in.


those who are in Batu Pahat can take a look at this blog. looks like they are really good in baking cakes, cupcakes, etc.
 
these cakes look soooo stunning!!
and for me cuppacakeblicious really offer good price for their cakes
I think I'm gonna order my wedding cake at this bakery and hope they still can take my order with good price
 


 
 
Other than that, I also found Lovelycakes
this one also not bad but unfortunately she cant take my order since she is pregnant right now and gonna deliver her baby soon, around my wedding date.
 

Tuesday 29 November 2016

Struggle Belajar Overseas

Semua orang suka tanya pasal experience aku masa study overseas dulu. itu lah ini lah. Semua cakap bestnya study overseas, dapat scholarship pulak tu.

hmmm..

memang rasa bersyukur gila dapat sponsor belajar overseas, tapi struggle dia Allah je yang tahu wehhhh. bagi aku benda yang paling aku struggle ialah dari segi study, financial dan struggle nak cari halal food masa mula2 tu.
memang lah dapat duit biasiswa, tapi memang duit tak cukup sangat la. Kalau anak orang kaya memang takde masalah.

Seriously,,,



First, dari segi study, memang struggle nak mampos la belaja nak maintain pointer. First few months dah rasa pressure dia bila tak boleh nak catch up ape yang Prof ajar and rasa down gila each time tak dapat score exam. Exam dia kalau nak A kena 94 ke atas wehhh. Kat Malaysia watlek watpis je 70++ da A (kalau salah, bagi tahu aku). and kalau markah 60 ke bawah dah faillll.... hmmm. that's a huge difference kot. menangis nak dapat A. siapa yang dpt 4.0 tu memang genius noharey.. Aku pulak jenis yang tak boleh belaja kalau dalam kelas tu banyak budak Malaysia. Tak tahu kenapa tapi aku akan terus jadi macam budak nakal dalam kelas main and tak belajar.

Tbh, pressure masa mula-mula tu memang sampai rasa nak balik Malaysia belajar kat Malaysia jeww. Tapi aku fikir kalau balik memang parents kena bayar balik duit sponsor yang da dibelanjakan untuk aku tu. hmmm. beratus ribu gak rasanya. tak tahu kenapa mahal sangat. T_T

Then masuk second year ok la sikit tapi ada jugak satu subjek ni tak boleh nak bawak sangat. and bila masuk third year lagi okayyy because that time aku amek kelas sorang2 which means takde orang Malaysia. kelas dengan omputeh je. and masa tu baru aku score exam gila-gila. hahah. so happy that timeee. felt like oh yesss I did it.

oh another struggle is makanan!


First year best gila makanan kat dining hall semua banyak seafood and halal food banyak gak kat minimart campus. tapi.... masuk second year, there was no much seafood and kalau ada pon, we were told seafood tu ada campur dengan alcohol. sobs. then selalu la ended up stress takde makanan. and we need to purchase food (off-campus) using our cash. owh btw, kalau on-campus we can purchase it using student card. Selalu menangis lapar takde halal food. T_T
kadang kalau rajin beli barang and masak tapi since duduk kat campus so susah sikit nak masak sbb kena share dapur dgn semua org (including omputeh). but this problem solved when we got to stay in apartment! yeayyy!! woohoo!! every day masak!

eh lupa nak cerita pasal financial problem. memang dari awal duit cukup2 je still boleh manage la. tapi cukup just beli barang2 yang penting je la. nak hidup havoc2 memang tak dapat la. Tapi lama2 bila da start plan untuk travel, duit rasa tak cukup. ada yang awal2 dah cari keje tapi aku ni jenis yang takut tak boleh buat dua kerja dalam satu masa (kerja+study) then niat nak kerja tu hold dulu. tapi ktorg kat sini rapat so bila ada yang takde duit tu memang masing2 tolong each other. Since slalu belanja dan keluar ramai-ramai so kdg-kdg ada yang tolong bayarkan etc. Bila dan dpt duit bayar la balik. kan.


but, there was one time aku betul2 takde duit. eh bukan one time. a lot of times jugak. hahaha. tapi tak tahu nak buat macam mana. nak cakap kat kawan segan. nak cakap kat parents lagi la segan and tak sampai hati nak menyusahkan dorg. so everytime ada financial problem aku akan simpan sendiri. sampai satu tahap tu tak tahan sangat sampai menangis sorang2, blank tak tahu macam mana nak survive. then try minta kerja macam2. mula2 takda good feedback. masa tu ada lagi sebulan lebih or dua bulan nak tunggu duit sponsor masuk. everyday siang malam doa minta Allah tolong solve kan problem yang satu ni sampai lah satu hari ni tiba2 dapat satu email bagi tahu yang I got that job! masa tu memang menangissss gilaaaa rasa bersyukur gilaaa dapat kerja.

 
 
Actually bnyak lagi la struggle nak blaja overseas ni. Belajar kat dlm Malaysia pon bnyk jugak struggle nya. Bagi aku setiap orang ada masalah dan struggle masing2. Nak cite banyak-banyak pon buat apa kan. haha.
Tapi benda yang buat aku triggered untuk post pasal struggle ni ialah bila ada sorang makcik ofis ni tanya aku pasal struggle belajar overseas mcm mana, especially bab makan & agama. Dan aku pon bercerita lah. Tapi sangat menyakitkan hati aku, bila aku bercerita mula lah dia nak condemn aku, tuduh aku tak ikut cara Islam dan mengharamkan segala yang aku ceritakan.
hmmmm sedih titew.
 
Untuk pengetahuan semua, walaupon kami belajar di Negara kafir, tapi masih ada Islam di Negara tersebut hokayy. Komuniti Islam sebenarnya besar jugak dan boleh dikatakan Islamic Center tu berlambak jugak kat sana, tapi mostly orang Timur la, Arab etc. Kami pelajar Malaysia pon ada komuniti kami sendiri dan ade je program-program Islamik.
 
Untuk judge kami makan di restoran di sana sebagai haram adalah sangat tak patut.
Memang ada restoran Muslim di sana, tapi bila kita travel, bila susah nak cari kedai Muslim, salah ke kami makan di restoran biasa. Kami pon bukan bodoh main order semua benda. Kebiasaannya kami akan inform awal tak nak campuran alcohol & meat. and biasanya kami order seafood or vegetarian food. Dalam Islam kan ade kemudahan. Jangan samakan keadaan kami dengan darurat yang boleh makan babi tu dan simpulkan keadaan kami tak sampai tahap darurat mcm tu. Darurat kami ialah bukan di Negara Islam dan susah nak dapat makanan halal. Kami cuba elakkan makanan haram yang didepan mata dan makan apa yang ada, yang rasa-rasa boleh dimakan. Kalau yang disebalik pengetahuan kami, tu mmg tak boleh nak buat apa la. Tawakal.
(Maaf kalau penulisan sy Nampak jahil. boleh betulkan mana-mana bahagian yang ada salah.)
 
Dan di campus kami takde tempat ibadah  yg luas especially untuk solat Jumaat. Jadi nya komuniti Islam di kampus akan buat solat Jumaat di Chapel. dan itu pon di kritik oleh makcik tersebut.
 
Hmmm sabaww jelaaa. Aku terus diam dan krik-krik di situ
 
Satu je lah aku cakap, jangan la mudah judge orang lain dan jatuhkan hukum sesuka hati. Ilmu Islam ni luas sangat. Jangan ingat kita da pernah pergi Haji/Umrah so kita rasa ilmu dan level kita da cukup hebat sampai sesuka hati menjatuhkan hukum. Sebab tu kita digalakkan untuk merantau/travel untuk meluaskan lagi pengalaman dan ilmu kita.
 
Tapi satu je, bagi aku pengalaman dapat belajar kt overseas ni memang best sangat. Syukur sangat.
Dapat sponsor pulak tu. tak payah susah-susah nak bayar balik. huhuhu.
 
Sampai sekarang memang tak boleh nak move on weh. Rindu sangat masa belajar dulu. Walaupon susah, tapi yang susah tu la yang selalu kita kenang sebab benda tu yang buat kita lagi kuat, lagi matang dan benda tu la yang indah sebenarnya. :) 
sekian..

Wednesday 16 November 2016

CheckList for Engagement!



1. Date: ** Dec 2016, Saturday

2. Mini Pelamin by minipelaminjohor [RM600, deposit RM100]
     - mini pelamin
     - dulang hantaran 7+5
     - MUA
     - bunga tangan
     - transportation charge

3. Hantaran
   
    untuk pihak perempuan:    - cincin merisik & cincin tunang [done]
                                            - tepak sireh
                                            - telekung [done]
                                            - kain baju [done]
                                            - coklat

    untuk pihak lelaki:   - kain baju [done]
                                  - samping [done]
                                  - kasut [RMdone]
                                  - belt [done]
                                  - kek
                                  - buah
                                  - coklat

4. Jamuan makan

5. Homestay

Road To Jannah :)


soon....