Monday 21 January 2019

Pregnancy Check Up: Klinik Kesihatan VS Klinik Swasta/Klinik Pakar Sakit Puan

Hai gais.

SO this time nak cerita pregnancy check up routine masa my first pregnancy.

Al maklum la first time pregnant so tak sure nak pegi mana. Of course semua orang suggest pegi Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) sebab Free of Charge and very detail. 

So masuk minggu ke-5 kalau tak silap, baru pegi KK untuk buat buku pink tu. Since I take sure nak pegi KK mana satu, so I decided pegi KK kat area rumah family, kat KK Kampung Melayu. 

First time pegi nak bukak buku pink tu mmg Ya ampunnn lama gila. Nasib baik pegi hari Ahad sebab tak keje. Masa datang pagi2 tu pon nurse kat situ da cakap I orang last dia amek untuk bukak buku sebab ramai sangat masa tu. Padahal I orang ke-3 nk buka buku. HAHAHA. 

Sebab first time kan, so ye kan je la. 

So tiba masa untuk first check up. Masa sampai turn untuk masuk bilik check up tu, macam2 pulak dia tanya. yang tak boleh bla ade sorang staff ni dia konon nak borak2 la. sibuk pulak tanya hal personal. tanya I kenal tak kawan dia yang duduk area rumah family I  tu. I  cakap la tak kenal sebab I  bukan duduk kat situ sangat. I duduk rumah sewa lain. eh tapi boleh tahan biadap eh staff tu nak nganjing I pulak. Asyik nk perli2 yang I tak kenal jiran etc. Rasa mcm nk kasi penampar je. dah orang tak kenal, maksudnye tak la. tak payah nk provoke. Kawasan rumah family I  tu bukan kecik. Normal la budak muda tak kenal sangat. 

Lagi satu yang tak boleh bla, staff tadi tu dia marah2 sorang mak baby ni sebab mak baby tu tak pandai guna alat penimbang baby. WTF. Awak staff kan, awak assist la mak baby tu. Keje kalau asyik nk maki hamun orang je, baik tak payah keje la. Seriously awak enjoy ke keje kalau setiap saat nak marah2? Relax la....

Masa staff nurse tengah isi2 buku pink I  tu, dia ade tanya ade tak family yang ada kencing manis, and I  boleh cakap pulak ayah dulu ade kencing manis. Tak memasal lepas tu terus dia buat appointment utk I minum air gula masa next check up. 

So time for minum air gula. Nurse da pesan kena puasa malam before check up tu. Tapi I lupa. termakan masa pukul 9pm sebab early pregnancy I teruk sikit gastrik so bila lapar terus nk makan and tak fikir ape dah. Bila da termakan tu baru teringat nak kena pegi minum air gula esok nya. haha. 

So pagi tu memang da ready nak pegi KK seawal yang mungkin. Sampai KK pukul 7. rupanya ramai da beratur. kahkah. dah amik nombor and kira awal jugak la. tapi last2 dapat turn minum air gula pukul 9. Masa tu perut memang da Kruk Kruk da sebab lapar sangat. Masa minum air gula tu serius rasa nak muntah sebab banyak gila kena minum. orang2 kat situ pesan suruh minum one shot je tapi I tak boleh. Lagi rasa nk muntah bila mnum banyak2. Tapi last2 Berjaya jugak minum habiskan. 
Then kena tunggu lagi dua jam untuk ambik next darah, which is pukul 11am.

Akan tetapi… Masa pukul 10 pagi tu da start rasa mual gila. da try macam2 minyak angin tapi tak berjaya jugak hilang kan mual tu. Last2 pukul 10 lebih rasa mual gila and terus lari keluar dari KK and zuppp terus termuntah kat entrance KK. hahahah. abis semua air gula membuak-buak keluar. 
Terus lari masuk kereta and suruh husband ambikkan buku pink kat dlm KK and cancel kan appointment and buat appointment baru. 

Selepas kejadian pahit tu, terus rasa nightmare nak pegi KK. pujuk husband nak pegi Klinik Pakar Sakit Puan Tan (England) kat area Taman Sentosa/ Century Garden.
So bermula la episod baru di klinik pakar sakit puan tu. Terus stop pegi KK. Staff KK ade call and kita pon inform dia nk stop KK sbb nk pegi klinik luar and dorg pon ok je. Maybe dorg lagi suka kot sbb kurang sorang lagi manusia kat KK haha. Tapi dorg ade pesan kalau da bersalin, kena inform dorang. 

So start bulan ke 3 tu terus check up kat Klinik Pakar Sakit Puan Tan sampai lah bulan ke-6. So far check up kat sini ok la. Doktor dia lelaki Chinese da berumur. Mak I yang suggest klinik tu sebab dia pernah kerja kat situ masa muda2 dulu and masa third pregnancy pon my mom buat check up kat situ. Memang dari zaman mak I muda sampai sekarang, doctor yang sama jugak which is Doktor Tan tu. Doktor tu bagus la and service kat klinik dia very efficient and quite fast. Even though ramai orang, tapi staff dia manage to handle efficiently. Everytime check up, dorg akan cek berat, buat urine test and ultrasound. Blood test pulak kadang2 je. Price dia I think ok la standard hospital KPJ. Sekali pegi dalam RM150++, tapi kalau ade blood test harga dia akan jadi dlm RM200++. Blood test tu mmg pricey since dia hantar pegi lab and process about 1 week mcm tu, and the result semua dia akan kasi kat kita including small kad yang ade detail darah kita, so senang boleh selit dalam purse/wallet je. Kalau datang klinik awal, dalam 30 min da siap da check up. Tapi kat klinik ni dia takde buku rekod mcm kat KK, everything dia record dlm paper and masuk dlm file every patient. 


But, after 6 months of pregnancy, I suggest to my husband untuk tukar check up kat hospital if nak bersalin kat specific hospital swasta. Husband I actually suggest bersalin kat government je. Tapi I berat hati sangat sebab based on my friends' experience, ramai cakap Hospital Sultanah Aminah sangat lah tak ok. Ramai je kena maki and marah masa kat labour room. So I think I could not handle it and insist nak bersalin kat hospital swasta. So we all pegi la survey hospital mana yang good service and yang paling penting package dia affordable. 

Kitaorang survey KPJ Puteri Specialist, KPJ Pasir Gudang, Kempas Specialist and Hospital Penawar. KPJ Johor (Abdul Samad), Gleneagles, Columbia and segala hospital swasta lain tak survey sebab jauh sikit from rumah and tempat kerja, and rasanya memang mahal compared to yang kitaorang survey ni. 

Based on 2018 price, KPJ Puteri Specialist offer package untuk bersalin normal dalam RM5k++, so kena cross sbb over budget. KPJ Pasir Gudang pulak dalam RM3299, and I think reasonable la. Harga dia tu for 4bedded. Kempas Specialist rasanya dlm RM4k++ tapi awal2 bila sampai hospital tu mmg terus cross list sebab hospital tu serius scary af. Datang siang2 pon takde orang sangat. Kang kalau malam2 bersalin memang cuak ler kat hospital tu. and another thing, Kempas Specialist memang semua  Chinese & Indian Doctor and utk O&G male Chinese, so I guess tak kot. Bukan nak racist, tapi I prefer malay doctor la. 

Lastly, Hospital Penawar (paling dekat dengan ofis), offer package bersalin normal RM2599 (4 bedded kalau tak silap). Seriously murah gila. Klinik O&G dia pon best deco dia, fefeeling kat rumah omputeh. So, after few discussion, kitaorang decided to proceed kat Hospital Penawar. 

Maka bermula lah episod check up kat Hospital Penawar start bulan ke-7 pregnancy. First time pegi, phewww harga check up dia terus RM 350++. Mak datok terkezut kitaorang. Ingatkan package bersalin murah so check up pon murah la. Rupanya check up dia nauzubillah mahal namati. 
Tapi apa kan daya, takkan nak tukar2 hospital lagi. SO redha je la duit melayang. Tapi stress jugak la check up kat Hospital Penawar ni. Lama gila waiting time dia. kalau pegi pagi tu, silap2 lepas lunch hour baru sampai turn. Patient tak ramai pon tapi memang jenis yang doctor examine lama kot. Sorang patient ade la dalam sejam sorang kt dalam bilik Doktor tu. Tapi doctor Hasmah tu bagus la, everything yang dia buat, dia akan explain and tanya kita ape yang kita tak faham. And check up kat sini selalu la dapat freegift, contoh macam maternity bag siap sample susu, socks and barang2 untuk nak bersalin & warded. Tapi pelik gila, check up dia cuma buat ultrasound je. urine test ke blood test ke takde. cuma nak hujung2 tu dia kasi injection kancing gigi. itu jeee… sedihhh. haha

Tapi last2 tu tak bersalin pon kat Hospital Penawar. kahkah!

1 comment:

  1. Salam, lepas tu u decide bersalin kat mana? Boleh i tau n kasik review? Tq �� tgh survey jugak ni..

    ReplyDelete