Wednesday 19 April 2017

Permohonan Kebenaran Kahwin



ini adalah step2 sebelum pergi hantar borang ke pejabat kadi. utk makluman, iols pengantin perempuan from Johor Bahru dan pengantin lelaki pulak dari Kuala Terengganu.

So sila hadam, kalau tak faham boleh tanya kat komen.

(a) Kursus kahwin
  • First sekali kalau nak kahwin, kena pergi kursus kahwin. kalau kat johor ni cek online je. ade satu website (company) handle kursus kahwin kat Johor Bahru. Harga RM120/pax. nak pergi dgn kawan boleh, nak pergi sorg boleh, nak pergi dgn pasangan pon boleh. Bnyk pilihan tmpt yg disediakan and aku pilih kat Hotel Selesa. Harga RM120 untuk dua hari kursus, makanan (breakfast & lunch), session from 8am-5pm and certificate (certified by Pejabat Agama Johor)
(b) Isi borang permohonan untuk kebenaran berkahwin
  • yang ni ade dua part. satu pihak lelaki, satu lagi pihak perempuan. Kalau pasangan lain daerah, yg lelaki kena isi dulu ye (nnti I explain why and why). Kalau masing2 dari daerah yg sama, boleh je isi sekali then nnti boleh hantar sama2 kt pejabat kadi. 
      (i) Lelaki: Borang permohonan kahwin luar daerah
  • first kena identify dulu, pasangan lelaki dari daerah mana . yang ni ikut dalam alamat dalam IC ye. 
  • contoh dalam kes i, ikut dalam IC pasangan lelaki dari Kuala Terengganu, so dia kena pegi ambil borang kebenaran kahwin luar daerah di Pejabat Kadi Daerah KualaTerengganu.
     
  • Pasangan lelaki kena isi borang semua dan serahkan balik ke Pejabat Kadi Daerah Kuala Terengganu. Kat sini, lepas hantar dia kena tunggu dalam 1-2 weeks untuk dapatkan pengesahan. Lepas dah disahkan, baru pengantin lelaki boleh pegi ambil borang yg dah disahkan di pejabat kadi tadi.
  • Lepas dah ambil semua borang tu dari pejabat kadi, si pengantin lelaki kena pas borang2 tu kepada pengantin perempuan pulak. 

   (ii) Perempuan: Borang Permohonan Kebenaran Kahwin
  • Yang pengantin perempuan pulak, sementara nak dapatkan borang dari pihak lelaki, boleh la isi borang utk permohonan kebenaran kahwin.
  • Borang tu mcm biasa boleh dapatkan kat Pejabat Kadi. Tapi untuk org Johor, boleh register online kat website e-NCR. Isi semua maklumat online then baru print out.
  • Lepas da print out borang dan dah dapat borang2 pihak lelaki, pengantin perempuan boleh bawak kesemua borang tu ke Pejabat Kadi Daerah.
  • Macam i, i pegi sorang2 je Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Ambil nombor giliran, bila dah dipanggil kat kaunter tu kena kasi semua borang serta Salinan borang then bayar ape yg patut.
  • Lepas tu, tunggu giliran pulak utk jumpa Ustaz dan kasi borang yang dah disahkan masa di kaunter tadi. Nanti ustaz tu akan sahkan pulak dan akan bagi balik borang yang original. Kes i ni dia ambil yg Salinan borang je dan borang original dia kasi balik sebab i kena hantar borang original tu ke Pejabat Kadi Batu Pahat pulak sebab i nak nikah kat Daerah Batu Pahat. (HAHAHAH complicated sangat!). Kalau sape2 yang nikah kat daerah sendiri, i guess Ustaz tu akan ambil dua2 borang tu. Tapi ape2 pon Ustaz tu akan bagi tahu la.
  • For my case, lepas dah setel yg kat Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, i pas kat ayah i borang original tu and dia yang hantar kan kt Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat and dia jugak yang jumpa dan confirm kan dengan Juru Nikah. Btw, Juru Nikah kat Johor, Pejabat Kadi yg tentukan. So bila kita hantar borang, dorg da siap2 bagi tahu sape Juru Nikah kita. 

Ok, bawah ni additional info:
  1. Setiap permohonan mesti kena proses dekat pejabat kadi yg di daerah yang sama kat alamat dlm IC. Kalau skrg menetap di daerah yg berbeza daripada alamat dlm IC, tapi nk proses dekat Pejabat kadi daerah tempat menetap skrg, jgn risau, ada dua cara. First, kena dpt kan surat akuan mastautin drp Tok Penghulu/Ketua Kampung. Atau cara kedua, biasa sesetengah orang malas nk cari ketua kampung, so dorang pegi JPN utk tukar alamat IC. Kalau duduk taman perumahan, dan tak tahu sape ketua kampung/ketua mukim/ tok penghulu, boleh call dan tanya Pejabat Agama sebab Pejabat Agama yg appoint mereka2 tersebut
  2. Masa isi maklumat dalam e-NCR tu kena make sure isi dengan tepat maklumat diri sendiri, wali, maklumat pasangan, alamat tempat nikah, tarikh nikah. Tapi tempat dan tarikh tu tak semestinye kena ikut ape yg da ditulis. Kalau tiba2 nak tukar tempat nikah dan tarikh nikah boleh je. Yang ni i da confirm kan dengan Ustaz kat Pejabat Kadi. Tapi kena make sure tempat nikah masih lagi dalam daerah yang sama dan tarikh pulak mesti lah tak lari jauh dari tarikh yang asal. Ape2 pon kena deal elok2 dengan Juru Nikah.
  3. Nnti ade borang utk '2 org saksi borang'. tu saksi borang shj ye. bukan saksi akad nikah. so boleh suruh mana2 lelaki yg da baligh bukan ahli keluarga utk sign je borg tu.
  4. Borang WAKALAH WALI. kalau yg jadi wali ialah ayah korang, so tak perlu ye print out borang ni!
  5. Surat akuan bujang. yang ni boleh mintak kat majikan  kalau majikan org Islam. (Tanya kat HR Department). kalau malas, boleh pegi jumpa Tok Penghulu atau Ketua Kampung utk dpt kan surat ni. kalau malas jugak, tak payah kahwin. huhu. but make sure mse jumpa Tok penghulu tu bwk sorg saksi. ada org ckp saksi kena bukan ahli keluarga, tapi masa aku pegi tu kelam kabut tak sempat nk call member so pegi dgn ayah je. and tok penghulu tak ade ckp ape2 pulak. siap terus type nama ayah sebagai saksi akuan bujang. so no biggie just bwk je spe2 yang da baligh kay.
  6. owh HIV Test jgn lupa. kejap je buat test tu. zap zap zap siap da. xyah nk takut2 la bukan dia amek darah guna picagari tu. guna ape tah tp yg penting dia just picit kt hujung jari, amek darah sikit then setel la.
  7. Lepas dah complete semua borang tu, fotostat ikut brape yg dia nak, then boleh terus pegi Pejabat Kadi utk proses. better fotostat dua set terus. senang.
  8. Jangan fotostat kat Pejabat Kadi JB. Better fotostat kat luar and prepare awal2. Masa aku pegi hari ahad sbb malas nk ambil cuti (sbb Johor cuti jumaat-sabtu, aku pulak keje cuti sabtu-ahad so ahad the best day la nk pegi pjbt kerajaan). Tapi sbb bnyk urusan pagi tu, jd nya smpai lambat sikit kat Pjbt Kadi JB. smpai dlm pukul 10 lebih. masa tu lupa belum fotostat ape2. so pegi la fotostat kat situ (ada disediakan perkhidmatan fotostat.) tapi YA AMPUNNN MAHAL NAK MAMPOS laaaa. sekeping 50 SEN. kau bayang la brape byk dokumen kena print. lgsg takde rasa nk sedekah ke ape ke eh Pjbt Agama ni. ambil untung berlipat kali ganda PUIH. tapi masa tu redha je la sbb salah sendiri tak fotostat tmpat lain dan keadaan pon nk cepat. TAPI, lepas je abis fotostat, akak tu cakap, "Nombor giliran habis la dik. Kena dtg ptg"... Perhhh masa tu memangg dah terbakarrrr abisss. dah tahu nombor giliran abis, kenapa tak bg tahu awal2??? boleh la aku pegi fotostat kat luar lagi murah!! sekeping baru 5 sen je. eiii kalau tak fikir tu pejabat agama, mmg aku da memekik kat perempuan tu. ei sabar je la. balik tu mmg meraung kat semua org. burn duit akuuu

11 comments:

  1. Kalau dah borang tp pastu last minit nk tukar tarikh dgn tempat nikah bole ke? Atau kene buat permohonan baru dan print borang baru?

    ReplyDelete
  2. last minit tukar tarikh nikah cemana ye? nk deal dgn sapa? kne pergi pejabat kadi lagi ke?

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM,, SAYA NAK TANYA KALAU TERSILAP ALAMAT TAPI BORANG DAH SUBMIT BOLEH MASIH BETULKAN KE ? DARI SELANGOR

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nak tanye. Kalau tetiba nk tukar tarikh nikah?macam mana aek caranye? Kena gi pejabat kadi ke

    ReplyDelete
  5. Kalau dah borang tp pastu last minit nk tukar tarikh dgn tempat nikah bole ke? Atau kene buat permohonan baru dan print borang baru?


    ReplyDelete
  6. Kalau nak tukar tarikh nikah macam mane

    ReplyDelete
  7. Klau dah siap proses semua dan dah dpt borang kebenaran nikah ? Boleh tukar tmpt nikah ??

    ReplyDelete
  8. kalu tukar saksi saat akhir blh ke

    ReplyDelete
  9. Sya pun sama masalah di atas tu

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanye masih boleh lagi ke saya tukar tarik nikah dari 4 ari bulan 1 sepatut sy nikah tpi disebab tunang sy masuk hospital jdi kami nk tangguh tarik nikah kepada 13/3/2023

    ReplyDelete